BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Segerakan hospital Petra Jaya

KUCHING, 23 Jun: Parti Bumi Kenyalang (PBK) memohon kerajaan Sarawak berusaha mempercepatkan pembinaan Hospital Petra Jaya yang menjadi projek sakit di sini.

Presiden PBK, Voon Lee Shan berkata ini kerana hospital terbabit yang dibina dengan kos sebanyak RM495 juta sejak 2013 tetapi masih belum siap sehingga hari ini.

"Sepatutnya (hospital) siap pada 2018. Sekarang kita perlukan hospital ini kerana Hospital Umum Sarawak (HUS) di bandar raya (Kuching) itu sesak dan tiada pakir,"katanya dalam kenyataanya di laman facebook parti itu hari ini.

Voon berkata parti itu juga meminta kalangan kontraktor projek pembinaan hospital itu sekiranya ada perselisihan faham untuk menyelesaikannya supaya projek terbabit dapat berjalan dengan lancar.

Di samping itu, beliau berkata PBK akan membina hospital baharu yang sama di Sibu dan Miri sekiranya dapat menjadi kerajaan kerana negeri ini amat luas.

Beliau menjelaskan ini supaya rakyat di kawasan tengah dan utara negeri ini tidak perlu lagi ke bandar raya ini bagi mereka mendapatkan rawatan terutama dari doktor pakar.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »