BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Saya sihat, boleh pertahan Parlimen Serian - Richard Riot


SERIAN: Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot bersedia untuk bertanding untuk menghadapi pilihan raya Parlimen jika diadakan bila-bila masa.

Beliau mengakui masih cergas dan sihat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Serian yang disandangnya.

Richard yang juga Duta Khas Perdana Menteri Ke Asia Timur (Jepun, Korea Selatan, dan Taiwan) menyandang Parlimen Serian sejak 1990. 

“Saya rasakan diri saya cukup sihat dan bersedia jika ada pusingan seterusnya.

“Namun, persoalannya (sama ada akan adanya pilihan raya mengejut diadakan) juga bermain di fikiran saya,” katanya selepas  merasmikan Majlis Penamaan Jalan Chung Hua Serian, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai kebarangkalian pilihan raya mengejut diadakan.

Terdahulu Richard menyempurnakan majlis perasmian Jalan Chung Hua di sini semalam. 

Dua jalan di bahagian Serian dinamakan sempena nama tokoh Bidayuh iaitu Jalan Datuk Michael Ben dan Jalan Pengarah Rahun Debak. 

Richard berkata, banyak berita yang ditularkan di media sosial mengenai situasi politik semasa namun hanya beberapa sahaja yang tepat dan ada yang palsu. 

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »