BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Satu lagi kolam renang untuk Sarikei

KUCHING, 23 Jun: Kerajaan Sarawak bercadang membina satu kolam renang bagi menambah baik kemudahan sukan yang terdapat di bandar Sarikei.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ini berikutan kawasan Sarikei dan Sibu telah banyak melahirkan jaguh sukan untuk negeri ini sejak tahun 70an lagi termasuk bagi acara sukan berkaitan kolam renang.

"Kita akan membina sebuah kolam renang di bandar Sarikei ini, sedikit sebanyak begitulah,"katanya dalam kenyataanya di laman sosial selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Negeri Ke-10 yang dihoskan oleh Bahagian Sarikei dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Pusat Inovasi Sarikei di pekan Sarikei, hari ini.

Abdul Karim tidak memberikan butiran kolam renang itu tetapi cadangan pembinaanya antara turut dihuraikan pada mesyuarat terbabit di samping menaiktaraf pelbagai kemudahan di Kompleks Sukan Sarikei.

"Kita tahu Sarikei adalah antara gedung melahirkan atlet-atlet bagi negeri dan juga antarabangsa seperti Jacky Wong dan Grace Wong acara baling tukul besi," katanya.

Karim mengakui standard kejurulatihan atlet-atlet ini memang cukup tinggi dan berikutan itu pihaknya mahu memberi penekanan sedikit terhadap kemudahan sukan.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »