BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sarawak uji pekerja tapak binaan, Uggah

KUCHING, 28 Jun: Tapak pembinaan di kawasan bandar di seluruh negeri ini akan dilakukan ujian rawak pengesanan jangkitan COVID-19 terhadap pekerjanya mulai minggu depan.

Timbalan Ketua Menteri dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata demikian kerana beberapa hari lepas pihaknya mengesan ada kes positif COVID-19 membabitkan pekerja warga asing dan tempatan di tapak pembinaan di negeri ini.

"Kami merancang mulai minggu depan, kami akan menjalan ujian (pengesanan COVID-19) secara rawak di tapak pembinaan di kawasan bandar seluruh Sarawak,"katanya selepas bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian menyaksikan implementasi COVIDTrace di pusat beli belah Aeon Mall, di sini, hari ini.

Uggah berkata disebabkan berlaku kes positif di pekerja tapak pembinaan terbabit, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut meminta JPBN melihat usaha membendung penularan COVID-19 juga ditumpukan di tapak pembinaan.

"Kemudian kami akan memutuskan samada polisi mewajibkan pekerja (tapak pembinaan) menjalani ujian (pengesanan COVID-19) untuk dinilai semula berdasarkan ujian rawak terbabit," katanya.

Beliau berkata sekiranya ada kes pekerja positif dijangkiti COVID-19 melalui ujian rawak itu, tapak pembinaan tempat mereka bekerja akan ditutup sementara bagi memeriksa keadaan pekerja yang lain.

"Di Kuching, ada tempat pembinaan ini berdekatan kawasan perumahan dan juga rumah ibadat , jadi kalau ada kes (positif), pasukan kita juga akan melakukan program pengesanan kenalan dengan giat,"katanya.

Selain itu, Uggah mendedahkan Ketua Menteri juga meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) mengeluarkan Standard Operasi Prosedur (SOP) bagi pembinaan rumah pekerja di tapak pembinaan kerana rumah terbabit dibina terlalu sempit.

Katanya SOP terbabit akan memastikan rumah pekerja terutama di tapak pembinaan projek kerajaan boleh dilakukan penjarakkan sosial dan kerajaan negeri juga akan membantu kontraktor projek untuk membina rumah pekerja mereka supaya lebih selesa.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »