BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sarawak tiada kes baharu, dua sembuh

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) merekodkan dua kes baharu telah sembuh dan discaj dari Hospital Umum Sarawak (HUS). 

Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah berkata, ia menjadikan kes positif Covid-19 yang telah sembuh dan dicaj ialah sebanyak 537 orang (94.21 peratus).

"Manakala sebanyak 16 orang masih menerima rawatan di dalam wad isolasi hospital dan jumlah kematian kekal sebanyak 17 orang di negeri ini," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Sarawak tiada merekodkan kes positif hari ini menjadikan kekal 570 kes.

Sebelum ini, Jabtan Kesihatan Negeri Sarawak mengenal pasti kluster baharu dan aktif hingga kini ialah Kluster Kidurong dan Kluster Tapak Pembinaan.

Beliau menambah, sebanyak 31 kes baru dicatatkan dan tiga kes tersebut masih menunggu ujian makmal.

Menurutnya, sebanyak 2,049 premis telah dipantau iaitu melibatkan 2343 pasaraya, 449 restoran, 18 kilang, 184 bank, 78 pejabat kerajaan, 26 kawasan penjaja, 103 pasar tani, 107 tempat ibadah, 60 tempat riadah, 24 tapak pembinaan dan lain-lain tempat (657)

"Sebanyak 623 pasukan pematuhan PKPP yang terdiri daripada PDRM, ATM, RELA, APM, PBT, KKM dan agensi lain dalam pemantauan berkenaan.

"Bagi sekatan jalan sehingga semalam terdapat enam sekatan jalan telah dilaksanakan di lima buah daerah bersempana dengan Op Banteng iaitu di dua di Lundu, satu di Serian, satu di Sri Aman, dan satu di Lubuk Antu, daripada enam sekatan tersebut sebanyak 751 jumlah kenderaan telah diperiksa," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »