BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sarawak perkenal insentif pelancongan 1 Julai

KUCHING, 22 Jun: Kementerian  Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan akan memulakan Pakej Insentif Pelawat (VIP) bagi  syarikat pelancongan di negeri ini mulai 1 Julai depan.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan pihaknya bagi memberikan pakej insentif galakkan pelancongan pasca COVID-19 itu.

"Semua syarikat pelancongan Sarawak yang berlesen dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia adalah layak untuk memohonnya,"katanya dalam kenyataanya ketika sesi dialog pasca COVID-19 antara kementerian terbabit dengan industry pelancongan negeri ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Sejingkat di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata polisi insentif terbabit adalah sebanyak RM30 setiap orang bagi empat orang pertama dan tambahan RM20 setiap orang bagi pakej pelancongan tiga hari dan dua malam.

"RM40 setiap orang bagi empat orang pertama dan tambahan RM25 setiap orang bagi pakej pelancongan empat hari dan tiga malam,"katanya.

Manakala RM50 setiap orang bagi empat orang pertama dan tambahan RM30 setiap orang bagi pakej pelancongan lima hari dan empat malam.

"Insentif ini dapat digunakan bagi pakej pelancongan dibeli melalui syarikat pelancongan tetapi tidak bagi lawatan mudah dan percuma,"katanya.

Karim berkata insentif terbabit juga hanya boleh digunakan kepada sebarang kumpulan dengan minimum empat orang dan maksima 15 orang pada sesuatu masa kecuali kapnak-kanak berusia bawah dua tahun dan pakej pelancongan itu mesti termasuk penginapan di hotel atau inap desa.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »