BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sarawak berterima kasih jasa Jeneral perangi pandemik Covid-19


KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Kerajaan Sarawak menghargai sokongan dan kerjasama yang diberikan
Komander 1 Divisyen Infantri yang bakal bersara, Mejar Jeneral Datuk Md Din Abu dalam memerangi pandemik Covid-19 di Sarawak.

Datuk Md Din mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Md Din yang merupakan Panglima 1 Divisyen ke-27 bermula 19 Mac 2019 yang lalu akan menjalani latihan peralihan sebelum bersara wajib pada Disember 2020. 

Beliau yang dilahirkan pada 28 Disember 1960 di Alor Gajah, Melaka memulakan karier ketenteraan pada tahun 1980 dengan menjalani latihan Pegawai Kadet sebelum ditauliahkan ke Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja (5 RRD) pada tanggal 17 Jun 1982. 

Pelbagai jawatan penting telah beliau sandang di sepanjang 40 tahun
perkhidmatan beliau. 

Memimpin ketumbukan 1 Divisyen tatkala Malaysia menghadapi wabak Pandemik Covid-19 terutama dalam pelaksanaan Op Penawar di negeri Sarawak yang kini sudah sampai ke peringkat Pemulihan selain bersama-sama pelbagai agensi dalam mengekang kemasukan PATI ke negeri Sarawak antara ketokohan dan sumbangan besar beliau selaku Panglima 1 Divisyen.

Mejar Jeneral Dato’ Dzulkafli Mustaffa dilantik sebagai Panglima 1 Divisyen Ke-28 menggantikan Mejar Jeneral Dato’ Md Din Abu

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »