BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sai Melaka intai kerusi Katibas

KUCHING, 29 Jun: Pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Sai Melaka, 54 menyatakan hasrat bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Katibas di Kapit pada Pilihan Raya Negeri Ke12 (PRN12).
 
Sai adalah penyokong Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) Baru yang dibatalkan pendaftarannya Jun tahun lepas dan masih menunggu permohonan pendaftaran semula parti itu dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) serta salah seorang  ahli jawatankuasa protem GASAK  yang baharu ditubuhkan.

Beliau yang berasal dari DUN Katibas mendedahkan mahu mewakili kawasan luar bandar terbabit  kerana dilihatkan masih memerlukan banyak pembangunan infrastruktur terutamanya perhubungan jalan raya.

"Sebab kedua ialah sektor pertanian dikawasan DUN ini yang tidak diberi keutamaan disamping 70 peratus penduduknya belum ada menerima bekalan air paip dan elektrik," katanya kepada Gago Daily selepas sidang media penubuhan GASAK di Telang Usan Hotel, di sini, hari ini.

Katanya ini semuanya berpunca dari kurangnya perhubungan jalan raya yang baik di DUN Katibas dan hanya baharu-baharu ini terdapat cadangan membina lebih banyak jalan raya di kawasan itu.

"Pembinaan jalan raya tidak sepatutnya dipolitikkan tetapi masih belum ada banyak jalan raya  di DUN Katibas sedangkan banyak hasil hutan dan sebagainya milik penduduknya sudah diambil dan penduduk terpaksa berhijrah ke kawasan bandar," katanya.

Sai berkata DUN terbabit kini perlu mencari kaedah meningkatkan kegiatan ekonominya dan menarik semula penduduknya yang telah berhijrah ke bandar untuk kembali ke DUN terbabit bagi membangunkan kawasan itu.

"Selain itu ramai anak muda dari DUN Katibas  berhijrah ke bandar kerana mereka tiada merasakan banyak peluang hidup senang di kawasan itu yang bukan sahaja tiada tempat melanjutkan pelajaran malahan tiada internet, hospital serta kurang peluang mencari pendapatan,"katanya.

Beliau yang membuka kedai dan berniaga selepas bersara dari tentera laut menyatakan ini akan menjadi kali pertama bertanding dalam pilihan raya negeri selepas gagal menjadi calon Parlimen Kapit pada PRU-14 lepas.

" Sebelum ini pencalonan saya menjadi calon PRU -14 lepas di Parlimen Kapit telah ditolak kerana masalah dokumentasi yang berkaitan penyata kewangan ,"katanya dan menafikan beliau sengaja berbuat demikian untuk lari dari bertanding.

Selain itu beliau  juga bercadang mengunakan logo Parti Aspirasi Rakyat Sarawak sekiranya GASAK tidak sempat didaftarkan sebelum PRN12 kerana  adalah dari parti STAR yang pecahan parti SNAP.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »