BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Rumah Panjang terima geran RM180,000


PAKAN – Rumah panjang Endu Ak Usar, Rantau Entebang, Jalan Wak Pakan sepanjang 15 pintu telah menerima peruntukan RM180,000.00 iaitu RM12,000 sepintu di bawah Projek Kecil Pemulihan dan Pembangunan.

ADUN Pakan Tan Sri William Mawan Ikom menyatakan, peruntukan tersebut adalah untuk Projek Kecil Pemulihan dan Pembangunan dan ditanggung oleh Kerajaan Sarawak.

Menurutnya lagi, beliau kini sedang aktif turun ke padang untuk memantau projek pembinaan rumah panjang berkenaan.

"Bantuan kewangan dari kerajaan ini amat dihargai oleh penduduk dimana ianya akan digunakan untuk membeli atap serta bahan-bahan binaan rumah panjang mereka."

Mawan berkata demikian ketika ditemui pemberita setelah mengadakan perjumpaan dengan penduduk untuk melihat status pembinaan rumah panjang baharu di Rantau Entebang, Jalan Wak Pakan semalam.



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »