BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Rumah kediaman gelandangan terbakar

BINTULU: Sebuah rumah terbakar di Kampung Baru,di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.38 malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah kosong dua tingkat jenis separuh kekal berkeluasan 25 x 25 kaki persegi yang didiami gelandangan,"katanya di sini hari ini.

Katanya,kebakaran telah memusnahkan 90 peratus struktur rumah berkenaan. 

"Punca dan anggaran kerugian yang dialami dalam siasatan,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »