BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Rugi RM12,650 akibat lelongan tong gas kosong

 
KUANTAN, 4 Jun (Bernama) -- Seorang peniaga membuat laporan polis mendakwa kerugian RM12,650 dalam urusan membeli tong gas kosong yang dikatakan dilelong oleh ‘pegawai’ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 59 tahun, mendakwa membuat bayaran itu bagi mendapatkan 250 tong gas yang dilelong pada harga RM49 sebuah. 

“Mangsa mendakwa hanya mengenali suspek lelaki itu menerusi panggilan telefon pada 28 Mei lepas bagi memaklumkan proses lelong dengan penghantaran dikatakan dibuat pada Selasa lalu selepas pembeli selesai membuat bayaran. 

“Mangsa yang berminat mendapatkan tong gas itu telah memindahkan wang sebanyak lima kali ke akaun diberikan suspek yang turut meliputi bayaran proses,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata mangsa bagaimanapun mula berasa curiga selepas gagal menghubungi suspek bagi mendapatkan penjelasan tentang kegagalan tong gas itu dihantar ke kedainya seperti yang dijanjikan. 

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. 
-- BERNAMA

Ikuti berita kami di Telegram

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »