BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Roti bakar arang kayu tiga generasi


SARIKEI: Kopitiam Aik Seng, cukup dikenali segenap lapisan masyarakat sejak era 1970-an.

Tidak hanya dikenali dengan keenakan kopi giling, Aik Seng  cukup popular kerana hidangan roti bakar menggunakan kaedah pembakaran arang kayu.
Aroma arang kayu menjadi  roti bakar berkenaan berjaya menambat selera pelanggan setia bukan sahaja dari Sarikei malah seluruh Sarawak.

Lebih menyelerakan apabila roti bakar itu disapu mentega biasa, mentega kacang dan kaya pandan yang dihasilkan sendiri menggunakan resepi rahsia tiga generasi keluarga pemiliknya.
Tidak hairan aetiap pemandu yang ke Utara atau ke Selatan Sarawak akan masuk ke Bandar Serikei untuk menikmati kenikmatan roti bakar ini.

Pemilik kedai, Wong Me Me yang merupakan generasi ke-3 keluarga, penyambung legasi roti bakar yang diusahakan sejak tahun 1930.

Dia sanggup meninggalkan kerja sebagai pegawai IT di Kuala Lumpur semata-mata untuk menyambung peniagaan keluarga.

"Saya cukup bangga dapat meneruskan legasi perniagaan ini.

"Roti bakar yang dibankar menggunakan arang kayu memberi aroma yang cukup sedap ditambah pula bau keju serta mentega kacang dan kaya pandan.

"Aroma arang kayu jelas menjadi 'penambah rasa' roti bakar berkenaan yang berjaya menambat selera pelanggan setia," katanya.

Menurutnya, setiap roti dijual dengan harga RM2.

Ramai menyatakan roti bakar menggunakan arang kayu lebih enak.

Malah, keaslian rasanya juga sukar ditandingi, begitu juga aromanya. Tekstur roti juga lebih lembut, malah tepat sekali 'dipadankan' dengan kopi panas. 

Keaslian rasa roti tersebut telah membuat seorang pelanggan yang hanya dikenali sebagai “Datuk” telah menjadi pelanggan tetap semenjak 40 tahun lepas dan kini berusia 80 tahun.

Bekas TYT Tun Salahuddin merupakan peminat setia roti tersebut dan akan singgah setiap kali lalu kawasan Sarikei.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »