BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Rosakkan tanaman jiran,adik serang kakak

PADAWAN: Gara-gara malu tindakan kakaknya merosakkan tanaman jiran seorang adik bertindak menyerang kakaknya itu.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari wanita berusia 35 tahun itu diserang ketika berada di dalam bilik tidur bersama anak perempuannya di rumah mereka di Batu 9, Matang, di sini.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata,
suspek secara tiba-tiba datang dan menerajang pintu bilik tidur mangsa sambil membawa sebatang rotan dan kemudian terus menyerang mangsa menggunakan sebatang kayu. 

"Akibat kejadian ini mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mengalami cedera lebam di tangan kiri, belakang badan, paha serta bengkak di atas kepala dan berdarah,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan ditahan selama satu malam di wad.

"Suspek berusia 28 tahun di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Telaga Air sekita jam 10.45 malam semalam,"ujarnya.

Suspek direman mulai hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »