BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

RM780,000 untuk bina parit dan jalan bertar Kampung Hijrah, Dr Annuar

KUCHING, 28 Jun: Kerajaan Sarawak sudah meluluskan dana sebanyak RM780,000 untuk membina parit dan jalan bertar ke rumah penduduk  Kampung Hijrah di Sibu.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi negeri, Dr Annuar Rapa'ee berkata demikian dengan parit dan jalan bertar terbabit akan dibina ke rumah penduduk kampung di Block D.

"Kerajaan negeri telahpun meluluskan dana RM780,000 untuk membina parit dan jalan bertar ke rumah-rumah penduduk yang tinggal didalam Blok D kampung ini," katanya dalam kenyataannya di laman Facebooknya semalam.

Dr Annuar yang juga ADUN Nangka berkata pembinaan parit terbabit juga adalah kaedah yang dirancang untuk penyelesaian masalah banjir di Kampung Hijrah secara berperingkat. 

Selain itu, beliau mendedahkan kerajaan negeri sejak dua tahun lalu sudah mula melakukan kerja penyukatan tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL)  di kawasan Kampung Hijrah dan Blok D sudah selesai disukat.

"Selepas tanah diserahkan pemilikannya kepada penduduk, barulah mudah kerajaan membina infrastruktur seperti menaiktaraf sistem perparitan dan jalan raya di lot-lot tanah penduduk,"katanya.

Beliau berkata setakat ini 32 penduduk di Blok D, sudah menerima TOL masing-masing dan mengingatkan penduduk yang menerima TOL itu yang mereka perlu membina rumah di tapak tanah itu dalam tempoh lima tahun.

Katanya tanah terbabit tidak boleh dijual kerana tujuan kerajaan memberi TOL adalah untuk membolehkan penduduk kampung membina rumah sendiri. 


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »