BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

RM5 juta bekalan letrik Kampung Stika dan berhampiran

SEBUYAU: Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi  Narawi turun padang meninjau projek Kampung Stika Hulu Sebangan semalam.

Kampung yang mempunyai 20 buah pintu/keluarga itu kini sudah dapat dihubungi melalui jalan raya. 

Beliau yang juga ADUN Sebuyau berkata,  antara projek yang telah diluluskan oleh kerajaan Sarawak adalah projek bekalan letrik ke Kampung Stika dan kampung berhampiran dengan kos sebanyak RM5 juta (diluluskan pada tahun 2019).

Selain itu katanya, projek bina baru jalan ke Kampung Stika dengan kos RM2.7 juta (siap pada tahun 2019).

"Manakala sebanyak RM3.6 juta untuk kerja-kerja menaik taraf jalan sepanjang 5.5 kilometer yang dijangka dilaksana sedikit masa lagi," katanya.

Datuk Julaihi turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk menyiapkan pembinaan Dewan Masyarakat dan RM5,000 geran untuk JKKK Kampung Stika.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Penghulu kawasan Sebangan, Penghulu Merum ak Babu; Tuai Rumai Kampung Stika, Albert Mawan dan ketua kaum setempat serta penduduk tempatan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »