BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

RM 2.29 juta kerugian akibat online scam


KUCHING:Sebanyak 40 kes online scam seperti macau scam,love scam,african scam dan lain-lain direkodkan di daerah Kuching membabitkan kerugian berjumlah RM 2.29 juta sepanjang tempoh 18 Mac hingga 5 Jun tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komosioner Awang Din Awang Gani berkata, bagi tempoh yang sama tahun lalu sebanyak RM 1.17 juta kerugian dicatatkan membabitkan 18 kes.

 "Kita ingin mengingatkan masyarakat bahawa percubaan untuk melakukan penipuan melalui telefon, aplikasi media sosial seperti facebook, instagram, dan whatsapps berlaku hampir setiap hari.  

"Sikap mudah terperdaya juga merupakan faktor yang menyebabkan mangsa mudah tertipu,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,panik  dan rasa simpati dengan kenalan dalam laman sosial akan menyebabkan seseorang itu mudah terpedaya.

"Dalam modus operandi macau scam, penjenayah akan menyamar sebagai polis atau pihak berkuasa yang lain seperti SPRM, LHDN, Kastam, Bank Negara, bank komersil dan lain-lain lagi,"ujarnya.

Beliau berkata, mereka meminta maklumat peribadi dan nombor kad pengenalan mangsa.  

"Kemudian mangsa ditakutkan dengan tunggakan kad kredit, pinjaman peribadi, masalah kes atau saman undang-undang, kes langgar lari, tunggakkan cukai dan perkhidmatan (GST), tunggakan cukai pendapatan / perniagaan, nama digunapakai untuk nama sesuatu syarikat, terlibat di dalam kes wang haram, kes jenayah, kes dadah dan sebagainya,"ujarnya.

Katanya,dalam modus operandi Love Scam dan African Scam pula, penjenayah akan menggunakan maklumat peribadi dan gambar yang palsu dalam aplikasi sosial untuk memperdaya mangsa untuk mempercayai bahawa perkenalan dan persahabatan dalam laman sosial adalah benar dan mangsa akan mudah menunjukan rasa simpati untuk membantu penjenayah yang menyamar. 

"Ketika dihubungi pihak yang mencurigakan, jangan sesekali memindahkan wang atau memberikan butiran perbankan kepada mereka, lain-lain terus hubungi atau hadir di balai polis yang berdekatan untuk mendapatkan nasihat," tegasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »