BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Replika Yu di Oya

MUKAH: Jika berkunjung ke pekan Oya anda pasti tersempak dengan arca berbentuk Ikan Yu dan Tukun Bebola.

Mercu tanda baharu Oya terletak di tengah kawasan segitiga jalan keluar masuk ke Pekan Sabtu Oya.

Oya ialah sebuah pekan dan pusat pentadbiran bagi daerah kecil dengan nama yang sama dalam Bahagian Mukah di Sarawak, Malaysia. 
Ia terletak berdekatan dengan kuala Sungai Oya dengan Laut Cina Selatan. 

Oya terletak kira-kira 26 kilometer (16 batu) dari bandar Mukah dan 184 kilometer (114 batu) atau tiga jam perjalanan kereta dari bandar Sibu.

 Majoriti penduduk Oya adalah terdiri dari orang Melanau.

Pekerjaan umum bagi penduduk Oya ialah nelayan dan petani.

Oya yang majoriti penduduknya adalah nelayan sememangnya sinonim dengan spesis Ikan Yu di kalangan nelayan. 

Manakala Tukun Bebola pula melambangkan Oya yang dipilih sebagai antara lokasi untuk projek Pembangunan Tukun Tiruan di Sarawak.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »