BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Remaja maut, motosikal langgar pikap

PADAWAN:Seorang remaja lelaki maut setelah motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan pikap di Jalan Siraq persimpangan Lorong Pesa 5, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu,mangsa maut dikenali Joseph ak James Pusok, 18, beralamat di  Kampung Sikog, Jalan Penrissen.
Pemandu pikap,lelaki warga emas berusia 68 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan berlaku apabila pikap terbabit masuk ke simpang sebelah kanan dan dirempuh oleh motosikal yang bergerak lurus dari arah bertentangan.
"Akibat perlanggaran tersebut penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala telah  disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pihak Ambulans Hospital Serian,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,jenis pelanggaran adalah langgar bahagian tepi sebelah kiri.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya,"ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »