BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Rakyat Indonesia tidak dibenar masuk Sarawak

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)  
memutuskan kemasukan warganegara asing dari Indonesia ke Sarawak tidak
dibenarkan buat masa ini sehingga dimaklumkan kemudian.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBNS Datuk Douglas Uggah berkata, sehubungan itu rakyat Sarawak yang balik dari Indonesia wajib di kuarantin di Pusat Kuarantin yang telah ditetapkan dan akan di buat saringan COVID-19 pada hari ke 10.

Menurutnya, rakyat Sarawak yang akan balik dari luar Negara (selain daripada
Indonesia) perlu mengambil saringan COVID-19 3 hari sebelum berlepas.

"Setiba di Sarawak, mereka dikehendaki menjalani Home
Quarantine dan akan di ambil saringan COVID-19 (PCR) pada hari ke 10," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Uggah berkata, bagi mereka yang tinggal di pedalaman, mereka akan di kuarantin
di pusat kuarantin yang telah ditetapkan dan akan di buat saringan COVID-19 (PCR) pada hari ke 10.

Menurutnya, PDRM telah berjaya menangkap dua warganegara Indonesia yang telah dikesan positif COVID-19 yang cuba melarikan diri dari pihak KKM
seperti yang telah tular di media sosial semalam.

Menurutnya, kedua-dua warganegara Indonesia tersebut telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk menjalani rawatan.

Selain itu katanya, dua orang lagi telah dikompaun kerana tidak mematuhi SOP di kedai makan dan kedai runcit serbaneka.

"Pihak PGA telah menangkap dua orang (seorang warga tempatan dan seorang
warganegara Indonesia) semasa Op Benteng dijalankan di kawasan Tebedu," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »