BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Rakaman CCTV berkas penyamun


KUCHING: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membantu pihak polis  memberkas seorang lelaki tempatan terlibat kes pecah kedai telefon bimbit di kawasan Satok pagi selasa lalu.

Suspek dikesan  dan ditangkap di salah sebuah Mall area Matang,di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin ak Lisa  
berkata, tangkapan berjaya  dilakukan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah  (IPD) Kuching dengan bantuan  rakaman CCTV diperolehi di tempat kejadian dan risikan pantas pihak polis.

"Turut berjaya dirampas ialah set pakaian yang dipakai suspek semasa melakukan jenayah tersebut.

"Barangan yang dicuri suspek semasa kejadian adalah dua unit power bank, tiga unit earfon dan seunit  kabel USB,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,pihak polis sedang menjalankan soal siasat lanjut terhadap suspek untuk mengetahui kedudukan barang curi tersebut.

"Semakan rekod suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau iaitu tiga rekod curi, dua rekod pecah rumah dan satu rekod dadah. 

"Ujian air kencing juga positif dadah jenis methampetamine,"ujarnya.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang mana memperuntukkan hukuman penjara lima tahun sehingga boleh dilanjutkan kepada 14 tahun atau denda dan sebat jika sabit kesalahan. 

"Permohonan reman ke atas suspek telah diluluskan selama lima hari oleh Mahkamah Majistret Kuching mulai 28 Jun hingga 2 Julai ini bagi siasatan lanjut dan mengenal pasti sama ada suspek turut terlibat dengan kes pecah rumah dan curi lain di kawasan Kuching,"katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »