BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Puyan Melanau hidang makanan eksotik

KUCHING, 25 Jun: Ulat mulung atau ulat si'ert dimasak pangang atau grill kini menjadi makanan eksotik yang semakin popular di bandar Miri.

Ini diakui Wedjohn Darimi, 33, dari Kampung Tellian Daya atau Telian Ulu di Mukah yang baharu membuka Puyan Melanau iaitu kedai menjual hidangan makanan kaum Melanau di Bandar Baru Permai Jaya di bandar Miri.

"Sehari lebih kurang tiga kilogram ulat mulung grill dapat dijual saya dalam sehari, adakalanya pelanggan yang betul-betul mengidam ulat ini akan memesan sehingga lima kilogram sekaligus,"katanya kepada Gago Daily hari ini.

Wedjohn berkata ulat terbabit dijualnya pada harga RM10 bagi seberat 100 gram dengan bekalan ulat terbabit diperolehinya dari Mukah yang banyak ditanam pokok sagu yang menjadi makanan ulat itu.

"Ulat terbabit dimasak grill bercampur bawang putih, serai dan cili atau bawang besar sahaja dan pelanggan boleh memilih ulat yang dibelah perut atau tidak,"katanya dan mempelajari cara memasak terbabit dari keluarganya.

Beliau berkata orang ramai dapat mengunjungi kedainya bagi menikmati ulat mulung dan juga melihat pameran hiasan lukisan-lukisan seni artis Melanau di kedai terbabit.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »