BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pusat spa dan urut kaki beroperasi 1 Julai

Sementara itu, turut dibenarkan dibuka semula ialah Mesyuarat, Insentif, Persidangan & Pameran (MICE) dan pameran pelancongan serta perdagangan mulai 1 Julai ini.

Ismail Sabri berkata, bagi industri MICE, hanya 250 orang dibenarkan pada satu-satu masa dan semua pengunjung perlu memuat turun aplikasi MySejahtera bagi pendaftaran masuk.

“Pihak penganjur perlu memastikan SOP seperti pendaftaran pengunjung dan pemeriksaan suhu badan, pengawalan keluar masuk pengunjung, serta jarak sosial dipatuhi,” katanya.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, kerajaan juga bersetuju membenarkan ‘fitting’ pakaian dan kasut di premis menjual produk-produk tersebut.

“Cuma untuk kasut yang hendak dibeli (dan dicuba), digalakkan untuk menggunakan stokin sendiri sebelum membeli, jangan stokin yang dikongsi di kedai menjual kasut,” katanya.

-- LAGI

 

PKPP-ISMAIL SABRI (SPA) 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR

 

Beliau juga berkata, kedai jahit juga sebenarnya telah dibenarkan dibuka sejak awal lagi bersama kedai pakaian, dan kekeliruan yang timbul menyebabkan ramai tukang jahit tidak beroperasi.

Sementara itu, mengulas mengenai peniaga di pasar malam dan pasar pagi yang tidak memakai pelitup muka Ismail Sabri berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh menarik balik lesen peniaga berkenaan.

Beliau berkata, walaupun Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka kecuali mereka bergejala, ia merupakan SOP yang ditetapkan PBT sebelum membenarkan peniaga pasar beroperasi.

Ditanya sama ada kerajaan akan mengehadkan kapasiti pengunjung di rumah inap, Ismail Sabri berkata tiada had yang ditetapkan sekiranya rumah inap tersebut luas, namun amalan jarak sosial perlu dikekalkan.

Katanya, tiada had maksimum ditetapkan memandangkan setiap unit inap desa mempunyai keluasan tersendiri.

-- BERNAMA

 



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »