BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Projek Rakyat bakal ubah lanskap pembangunan Sematan dan Telok Melano

LUNDU: Pembinaan Ponton Sematan menerusi Projek Rakyat bernilai RM5 juta akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata, projek itu dijangka siap dalam tempoh enam bulan.
“Apabila siap kelak, ia kan memberi manfaat kepada penduduk sekitar Sematan dan pelawat yang datang ke sini,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja dan penyerahan projek kepada kontraktor Metrobrite Engineering Sdn Bhd di pekan Sematan baru-baru ini.

Selain di Sematan, Projek Rakyat - pembinaan Anjung Usahawan Telok Melano, naik taraf Jalan Kampung Telok Melano dan Telok Serabang masing-masing menelan kos RM5 juta.

Selain itu, pembinaan tandas awam dengan konsep mesra alam dengan kos RM200 ribu juga di Telok Melano.

“Inisiatif Kerajaan Negeri melaksanakan Projek Rakyat sudah pasti akan membawa impak ekonomi sekaligus mengubah lanskap pembangunan di kawasan ini,” kata Jamilah.

Beliau menambah, pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam ini selari dengan visi dan misi Kerajaan Negeri menjadikan Lundu sebagai Bandar Pantai Semulajadi.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »