BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Projek perumahan untuk nelayan Pulau Bruit


SARIKEI: Projek perumahan kawasan penempatan semula nelayan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan Pulau Bruit.
 
Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Bruit Ismaili Johari berkata, projek perumahan nelayan 307 unit tersebut adalah untuk nelayan yang berdaftar dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Pulau Bruit.

Menurutnya, kawasan penempatan projek berkenaan memberi manfaat kepada nelayan tempatan yang tidak mempunyai rumah.

"Syarat-syarat pemilikan perumahan berkenaan ialah mereka yang mendaftar dengan PNK.

"Kawasan ini akan dilengkapi bekalan elektrik, air dan dewan serta masjid," katanya.

PNK mempunyai 2,000 keahilan melibatkan 13 kampung di bawah DUN Semop.

Johari berkata, kawasan penempatan baharu tersebut terletak berhampiran dengan projek pembinaaan jambatan Batang Lassa dan jambatan Batang Paloh.

Beliau menambah, beberapa projek bakal dirancang termasuk rumah kedai sebagai tempat hasil pengumpulan hasil laut, bengkel pembuatan bot serta sebagainya di kawasan berkenaan.

"Besar harapan kami supaya akses pembinaan sekarang akan dipercepatkan bagi kemudahan nelayan memasarkan hasil tangkapan mereka.

"Dengan wujudnya rumah kedai serta banyak lagi dapat menjana peluang pekerjaan kepada penduduk kampung," katanya.

Video beliau boleh ditonton di pautan ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »