BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Polis tahan 13 lelaki, rampas dadah, ketum bernilai RM148,000


KEPALA BATAS, 25 Jun (Bernama)-- Polis menahan 13 lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah serta ketum bernilai RM148,000 dalam dua kes di daerah Seberang Perai Utara (SPU) baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah SPU, ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kes narkotik, pihaknya menahan enam lelaki berusia antara 19 hingga 29 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM141,000 dalam dua serbuan di sekitar daerah itu pada pukul 8.40 malam, 22 Jun lepas.

"Dalam serbuan pertama di Jalan Ong Yi How dekat Butterworth, polis menahan enam lelaki bersama 31.40 gram syabu sebelum mendapat petunjuk bahawa terdapat sebuah makmal mini yang beroperasi di sebuah rumah kluster di Bertam Perdana, Kepala Batas.

"Semasa serbuan di rumah kluster itu, polis merampas 40 biji pil ekstasi, 596.8 gram serbuk mengandungi campuran methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dan 1,398 gram serbuk campuran ketamin. Turut disita sebuah keretanHonda City dalam serbuan itu," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Kesemua lelaki yang ditahan itu direman selama tujuh hari sehingga 29 Jun ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam satu lagi kes, Noorzainy berkata, polis menahan tujuh lelaki dan merampas 86 kilogram daun ketum, 920 bungkus air ketum, 1,080 mililiter ubat batuk dan 0.5 gram ganja bernilai RM7,000 dalam lima serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU di kawasan Penaga dan Tasek Gelugor, dekat sini pada Selasa dan semalam. 

"Aktiviti pemprosesan air ketum itu telah dikesan dalam enam bulan yang lepas manakala sebilangan suspek kes adalah suspek yang berulang kali ditangkap di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Rampasan itu boleh digunakan oleh 2,700 orang penyalahguna air ketum.

"Kesemua tujuh lelaki berumur antara 22 hingga 48 tahun itu direman selama empat hari sehingga 28 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," tambahnya.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »