BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Polis Marin rampas rokok Era seludup bernilai RM 210,000


KUCHING: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima merampas rokok seludup bernilai RM 210,000 dalam Op Landai COVID-19 di Jalan Simen Raya, Pending, pagi tadi.

Komander PPM Wilayah Lima,ACP Shamsol Kassim berkata, pada jam 9.30 pagi, semasa menjalankan rondaan pihaknya telah mengekori sebuah kenderaan jenis Toyota Unser yang mencurigakan dan bertindak menahan kenderaan tersebut.
"Hasil pemeriksaan telah menjumpai beberapa kotak rokok putih jenis Era tiada tanda cukai dipercayai untuk dijual dalam pasaran tempatan,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu lelaki berusia 30-an ditahan bersama kenderaan dan barang-barang dirampas kerana telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.
"Suspek dibawa ke Markas PPM Kuching untuk tindakan lanjut, kes diserah kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuching,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »