BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Polis Marin rampas 50,000 liter diesel seludup

SIBU: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Zon Sibu merampas minyak diesel seludup 50,000 liter dianggarkan nilai semasa RM 86,500 dalam Op Benteng COVID - 19, di sini, pagi tadi.

Komander PPM Wilayah Sarawak,ACP Shamsol Kassim berkata, tangkapan jam 10.25 pagi itu dilakukkan empat anggota bot RIB 4 di kawasan perairan paradom sungai Batang Rajang
"Juragan kapal seorang lelaki tempatan ditangkap kerana memiliki barang kawalan tanpa permit tanpa kebenaran daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

"Barangan rampasan ialah sebuah kapal minyak, minyak diesel, peralatan untuk mengepam minyak, hos minyak dan flow meter dengan anggaran keseluruhan
RM 189,700,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, laporan polis telah dibuat dan kes dirujuk kepada pihak KPDNHEP Bahagian Sibu untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 KPDNHEP," ujarnya.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »