BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Polis gempur pesalah trafik

KUCHING: Pihak polis tidak berkrompomi dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemandu atau penunggang yang melanggar undang-undang jalan raya dengan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata,adalah menjadi tanggungjawab bersama semua pengguna jalan raya memastikan jalan raya bebas dari kemalangan jalan raya disebabkan kecuaian dan pengaruh alkohol pemandu yang mabuk.

"Dalam operasi Op Mabuk di bandaraya Kuching malam tadi, dua lelaki tempatan ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Operasi bermula jam 8.30 malam dan berakhir tengah malam tadi dilakukan
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di Jalan Simpang Tiga melibatkan seorang Pegawai dan 11 anggota,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,lelaki berusia 35 dan 40 tahun itu telah dibawa ke IPD Kuching untuk tindakan lanjut.

"Hasil ujian menggunakan alat mesin Evidential Breath Analyzer (EBA) dapati salah seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun positif alkohol iaitu kandungan alkohol melebihi 126 miligram/100 miligram manakala yang seorang lagi negatif hasil ujiannya.

"Jika disabit kesalahan, boleh didakwa di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh membawa hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan," katanya.

Katanya,sebanyak 44 buah kenderaan dan 63 orang telah diperiksa. 

"Semasa operasi dijalankan, terdapat satu tangkapan terhadap satu lelaki warganegara asing berumur 22 tahun kerana tinggal lebih masa iaitu tamat tempoh.

"Sebanyak 17 saman dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen memandu sebanyak satu kes, gagal menunjuk lesen memandu (enam kes), nombor plet tidak sesuai (tujuh kes), lesen memandu tamat tempoh (satu kes) dan hon tidak berfungsi (dua kes),"katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »