BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PM kembali ke pejabat

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini kembali memasuki pejabat setelah selesai menjalani kuarantin selama 14 hari. 

Beliau menjalani perintah kuarantin bermula 22 Mei lepas, selepas seorang daripada pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet di pejabat Perdana Menteri disahkan positif COVID-19. 

Sepanjang tempoh tersebut, Perdana Menteri telah menjalankan tugas rasmi dengan cara bekerja dari rumah. 

Pada Selasa, 2 Jun 2020 Perdana Menteri sekali lagi telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif. 

Perdana Menteri memulakan tugasan hari ini dengan mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi sesi pra-Kabinet menerusi persidangan video.

Perdana Menteri kemudiannya mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang dihadiri semua anggota jemaah Menteri. 

Mesyuarat Kabinet hari ini diadakan secara persidangan video di mana menteri-menteri Kabinet berada di dua bilik mesyuarat berasingan di bangunan Perdana Putra. 

Langkah yang julung kali diadakan ini adalah bagi menjamin amalan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat dapat dilaksanakan pada setiap masa.



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »