BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PKPP: 17 tapak pembinaan ditutup, gagal patuhi SOP

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Dalam tempoh 20 April hingga 14 Jun lepas, sebanyak 17 tapak pembinaan di seluruh negara diarah tutup operasi buat sementara selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tapak terbabit adalah antara 7,699 lokasi yang diperiksa oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam tempoh berkenaan. 

Selain itu, sebanyak 370 tapak pembinaan yang tidak patuh diberikan amaran, katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan projek Bukit Bintang City Centre bagi memantau SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di sini hari ini.

Menurut Fadillah, selain tidak patuh SOP, syarikat pembinaan yang terbabit juga tidak menerima kelulusan beroperasi daripada kerajaan negeri

Sementara itu, ditanya mengenai kegusaran pemaju akan dikenakan penalti kerana projek lewat disiapkan, beliau berkata perkara tersebut akan diselesaikan menerusi undang-undang berkaitan COVID-19.

Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-undang COVID-19 (Langkah-langkah Sementara) apabila Parlimen bersidang bulan depan, katanya.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »