BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Petronas mesti utamakan kontraktor Sarawak


KUCHING, 27 Jun (Bernama) -- Kontraktor minyak dan gas dari Sarawak meminta agar keutamaan diberikan kepada mereka oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam pemberian kontrak berkaitan industri minyak dan gas di perairan negeri ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Protem Persatuan Kontraktor-Kontraktor Petroleum Sarawak, Datuk Rahman Lariwoo hari ini berkata, kontrak kerja berkenaan boleh diserahkan kepada kontraktor dari luar Sarawak jika didapati kontraktor tempatan tidak dapat melakukannya. 

"Kalau dapat, kita mahu semua kerja di perairan Sarawak diberikan (terlebih dahulu) kepada kontraktor minyak dan gas dari Sarawak, sebab kita percaya kontraktor terbabit kebanyakannya berpengalaman dari mencari gali sehinggalah mengeluarkan minyak dan gas," katanya selepas menghadiri mesyuarat penubuhan persatuan itu dan pemilihan jawatankuasa protem itu di sini.

Rahman berkata, Sarawak memiliki kontraktor yang berpengalaman dalam industri petroleum dan gas memandangkan negeri ini sudah terlibat dalam industri berkenaan sejak 1910.

Ketika ini hanya 30 peratus kontrak berkaitan minyak dan gas dari perairan negeri ini diberikan Petronas kepada kontraktor minyak dan gas tempatan.

"Ketika ini, ada lebih 400 kontraktor dari Sarawak yang berdaftar dengan Petronas, yang terlibat menjalankan kerja kecil-kecilan seperti penyediaan katering sehinggalah kerja utama seperti kejuruteraan dan eksplorasi minyak dan gas.

Sehubungan itu, beliau meminta semua kontraktor tempatan untuk menjadi ahli persatuan itu bagi menyuarakan kepada Petronas untuk lebih mengutamakan mereka dalam memberikan kontrak berkaitan minyak dan gas di Sarawak.

Beliau berkata, persatuan itu juga akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dalam mempergiatkan lagi industri itu di negeri ini.

-- BERNAMA



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »