BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Peter Anthony didakwa lagi esok

KOTA KINABALU: Orang kuat Ketua Menteri Sabah, Peter Anthony didakwa di mahkamah sesyen Kuala Lumpur esok.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu sebelum ini menghadapi  dua tuduhan berasingan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu bulan ini.

Pada 11 Jun, dia menghadapi lima tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM8.75 juta.

Pada 18 Jun, dia menghadapi tuduhan bersubahat melakukan jenayah pecah amanah berjumlah RM15,545,400 yang melibatkan perjanjian tanah antara tahun 2014 dan 2015.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan telah mendapat keizinan daripada pejabat peguam negara untuk mendakwa Adun Melalap tersebut.

Perkara itu dimaklumkan SPRM menerusi undangan kepada pihak media untuk membuat liputan kes berkenaan, namun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai kes itu.

Peter Anthony adalah orang kanan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »