BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pertandingan tiga penjuru di PRK DUN Chini

PEKAN, 20 Jun (Bernama) -- Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 4 Julai ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas. 

Ia melibatkan pertandingan antara Mohd Sharim Md Zain, 41, yang mewakili BN, dan ahli perniagaan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli, 49 tahun.

Pengumuman senarai calon yang bertanding dibuat oleh pegawai pengurus pilihan raya, Datuk Zaliza Zulkipli kira-kira 10.30 pagi, selepas proses penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan dekat sini ditutup pukul 10 pagi. 

"Saya telah menyemak kertas-kertas penamaan itu dan setelah selesai disemak, saya berpuas hati dan memutuskan tiada calon yang ditolak pencalonan," katanya ketika mengumumkan nama-nama calon. 
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »