BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Permasalahan usahawan di Sarawak dirungkai

KUCHING:Merungkai isu dan permasalahan tempatan yang dialami oleh usahawan-usahawan di Sarawak, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mengadakan satu perjumpaan bersama semua Ketua-ketua Agensi MEDAC iaitu Bank Rakyat, TEKUN Nasional,
Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Institut Koperasi Malaysia, SME Bank, SME Corp dan Perbadanan Nasional Berhad di Bank Rakyat Cawangan Simpang Tiga,di sini hari ini.

Menterinya,Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata,tujuan perjumpaan itu adalah untuk membantu menyelesaikan isu-isu yang timbul seperti ketiadaan cawangan bank di kawasan pedalaman di Sarawak dan isu-isu lain yang mengekang perjalanan perniagaan yang lancar. 

"Ini adalah satu inisiatif kementerian ke arah menyediakan ekosistem yang lengkap di Sarawak bagi memperkasakan aktiviti keusahawanan di negeri tersebut. 

"Dengan mengatasi kekangan-kekangan yang wujud di peringkat agensi dan usahawan, diharap agar perniagaan dapat berjalan lancar dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Sarawak,"katanya.

Beliau berkata,sebagai sebuah kementerian yang menerajui aktiviti keusahawanan negara, MEDAC
mempunyai agensi-agensi yang memberikan program latihan keusahawanan, pembiayaan perniagaan dan pementoran kepada usahawan. 

"Semua inisiatif MEDAC
melalui agensi akan digerakkan sewajarnya dengan menggunakan fungsi dan kekuatan masing-masing supaya para usahawan, khususnya usahawan di Sarawak dapat mendepani cabaran-cabaran baharu dan terus maju ke hadapan.

"MEDAC juga amat prihatin terhadap impak penularan COVID-19 ke atas aktiviti perniagaan dan koperasi. Dalam usaha untuk membantu meringankan beban dan membantu usahawan dan koperasi di Sarawak, MEDAC mengambil langkah proaktif dalam menyediakan bantuan sejumlah RM540,000 disediakan kerajaan bagi
membantu usahawan-usahawan,"ujarnya.

Beliau berkata,bantuan adalah bagi 
pembiayaan Tabung Modal Pusingan Jabatan Pembangunan Koperasi (TMP-JPK) sejumlah RM 200,000,Bantuan Pembangunan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebanyak RM240,000 dan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro (CBRM) TEKUN
Nasional sebanyak RM100,000 kepada usahawan di Sarawak.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »