BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PERKESO diarah cari jalan penyelesaian kebajikan pekerja freelance


KUALA LUMPUR, 1 Jun -- Kementerian Sumber Manusia telah mengarahkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), untuk mencari jalan supaya pekerja yang bekerja bebas (freelancer), mendapat perlindungan sosial sekiranya mereka ditimpa bencana.

Menterinya Datuk Seri M. Saravanan berkata, perkara itu susulan trend pekerjaan yang lebih fleksibel, seperti perniagaan dalam talian dan penghantar makanan, menjadi pilihan kebanyakan generasi muda dalam era ekonomi ‘gig’ masa kini.


“Pendirian saya ialah tidak kira semua jenis pekerjaan, mereka mesti ada jaringan keselamatan, sama ada melalui majikan atau sendiri...saya telah minta PERKESO cari jalan untuk mereka juga (freelancer), dapat libatkan diri dalam pencaruman,” katanya selepas ditemui dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam ini.

Sebelum ini hangat dibincangkan di media sosial mengenai keselamatan dan kesihatan golongan freelancer, yang nasib mereka tidak terbela sekiranya berlaku kemalangan, hingga menyebabkan kematian atau hilang upaya, sekali gus mereka hilang punca pendapatan.

Dalam pada itu Saravanan berkata, kementerian itu sedang mengatur program khas untuk membantu pekerja yang hilang pekerjaan, seperti dalam sektor perhotelan, penerbangan dan pelancongan, supaya diberi peluang latihan dan skil yang relevan, dengan pekerjaan baharu mereka.

“Saya berpendapat generasi Malaysia hari ini selepas pasca COVID-19, mereka akan rebut apa sahaja peluang pekerjaan yang ada, asalkan nasib keluarga mereka dibela, jadi sebahagian sudah sedia melibatkan diri dalam sektor pekerjaan 3D.

“Namun kerajaan tidak akan membuat secara drastik, termasuk usaha mengurangkan kebergantungan pekerja asing, dan jawatan itu akan diisi pekerja tempatan secara berperingkat,” katanya.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »