BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Perhimpunan maksima 250 orang dibenarkan - Ismail Sabri


PUTRAJAYA, 17 Jun (Bernama) -- Kerajaan membenarkan penganjuran mesyuarat, seminar, bengkel, kursus, latihan dan persidangan oleh pihak kementerian dan agensi kerajaan serta swasta, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu melibatkan jumlah peserta maksimum seramai 250 orang mengikut kapasiti ruang dewan, jarakan sosial sekurangnya-kurangnya satu meter, selain semua peserta perlu memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengimbas kod QR, sewaktu proses pendaftaran.

“Dari segi makanan, jamuan makan, buffet tidak dibenarkan. Jadi, kita minta makanan adalah secara bungkus,” katanya pada sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.

Beliau menambah pesakit dalam siasatan (PUI) dan pesakit dalam pemantauan (PUS) tidak dibenarkan hadir, serta penganjuran majlis di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan juga bersetuju membenarkan kementerian dan agensi kerajaan serta pihak swasta untuk melaksanakan proses temuduga kerja secara bersemuka.

Katanya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menyediakan SOP berkaitan, yang akan disemak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan Jabatan Perdana Menteri untuk kelulusan.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »