BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penyamun jubin ditangkap

SIBU: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Tindakan pantas polis berjaya menahan penjawat awam mencuri jubin di tapak pembinaan.

Suspek didapati mencuri jubin bersama rakannya pada jam 3.20 pagi Khamis lalu. 

Ketika kejadian, pengawal keselamatan melihat kelibat pencuri tidak dikenali menceroboh kawasan tapak pembinaan terletak di Taman Desa Satria.

Mereka didapati mencuri jubin yang diletakkan di kawasan terbuka di tapak projek tersebut.

Pada keesokan hari pegawal keselamatan memaklumkan kepada pengadu bahawa 40 kotak jubin bernilai RM6,000 telah hilang.

Difahamkan ia bukan kali pertama kes kecurian tersebut dilaporkan hilang, kerana jumlah keseluruhan yang hilang iaitu 111 kotak jubin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Supt Collin Babat berkata, polis berjaya menahan seorang dari suspek berusia 33 tahun yang mempunyai kaitan dengan kes tersebut pada Selasa lalu.

Menurutnya, polis berjaya merampas sebuah kereta suspek ketika serbuan dilakukan.

"Suspek mengaku bersama seorang lagi suspek yang masih bebas terlibat sama dalam kes ini. Kes disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »