BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penumpang cemas, bas ekspres dinaiki berasap


SARIKEI: Penumpang termasuk pemandu bas ekspres yang dalam perjalananan dari Sibu ke Kuching cemas setelah bas dinaiki mengeluarkan asap di Jalan Kwong Ming Minah, di sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 9.53 pagi tadi.

"Kita menerima laporan daripada Pasukan Gerakan Operasi (PGO) dengan menggerakkan keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Sarikei bersama unit Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) bergerak ke lokasi kejadian. 

"Setiba di lokasi sebuah bas ekspres telah mengalami kerosakan teknikal pada bahagian brek hadapan lalu mengeluarkan asap," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, pemandu bas telah bertindak pantas menggunakan satu alat pemadam api jenis debu kering bagi mengawal kebakaran. 

"Kesemua 13 penumpang termasuk pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pihak Bomba menggunakan satu aliran salur bantu mula bagi memastikan keadaan terkawal,"katanya.

Beliau berkata, operasi pemadaman telah ditamatkan jam 10.21 pagi.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »