BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Peniaga makanan diberkas pecah masuk pejabat


KUCHING:Seorang peniaga kedai makan lelaki diberkas dipercayai memecah masuk sebuah pejabat di Jalan Batu Kawa Newtownshi, di sini, 7 April lalu.

Tangkapan suspek berusia 24 tahun itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ),Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Padawan jam 10.40 pagi tadi di MJC Batu kawa, New Township.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, pada 7 April lalu, jam 10.23 pagi, Eksekutif Kontrak pejabat berkenaan menerima panggilan  jiran sebelah pejabat mengatakan pejabatnya telah dipecah masuk dengan cara merosakkan mangga pintu belakang.

"Barangan yang dilaporkan hilang ialah
seunit air conditioning (2hp) air blower and compressor, dua unit air conditioning (1hp) air blower and compressor,satu  set wireless Wifi router dan seunit desktop,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,siasatan awal yang dijalankan suspek tidak mengaku masuk ke pejabat tersebut.

"Suspek telah diserahkan kepada lokap Siburan dan akan direman  mulai esok hari.

"Soal siasat lanjut akan dibuat selepas reman dipohon,"ujarnya.

Katanya, berdasarkan semakan suspek turut mempunyai rekod lampau berkaitan Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB).

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »