BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pengecualian kompaun kelewatan pembaharuan pendaftaran perniagaan dilanjutkan



KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan melanjutkan tempoh pengecualian kompaun ke atas kelewatan pembaharuan pendaftaran perniagaan, sehingga 31 Dis ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan berkata, langkah itu akan memberi manfaat kepada 740,000 pemilik perniagaan yang pendaftaran perniagaan mereka luput, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Seksyen 12(1)(b) Akta Pendaftaran Perniagaan (APP) 1956 menetapkan bahawa menjadi satu kesalahan apabila seseorang meneruskan sesuatu perniagaan selepas tempoh pendaftaran luput.

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »