BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penduduk rumah Sara diancam tanah runtuh

BARAM: Penduduk di rumah Sara ak Angul, Jalan Beluru, Lapok, Tinjar, di sini diancam tanah runtuh.

13 pintu rumah bersambung manakala 2 lagi rumah berasingan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 12.10 tengah hari.
"Kejadian tanah runtuh berpunca akibat kedudukan rumah yang terlalu dekat dengan sungai dan keadaan sungai adalah deras,"katanya di sini hari ini.

Katanya,pihak Bomba menasihati penduduk rumah panjang berhati-hati dan berpindah ke tempat selamat sekiranya keadaan tanah semakin buruk. 

"Pihak Pejabat Daerah telah mengambil maklum dan telah membuat lawatan sebelum ketibaan Bomba,"ujarnya.

Katanya, jarak lokasi kejadian adalah 108 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Lopeng menggunakan jalan darat dan perahu kerana rumah panjang di seberang jalan

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »