BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penduduk Debak mohon mesin ATM

DEBAK: Harapan penduduk di Debak yang dalam populasi sekitar mencecah lebih 15 ribu orang mengharapkan pihak bank membuka cawangan di Debak akan terus ditagih.

ADUN Saribas, Mohammad Razi Sitam menggesa pihak bank untuk memberi kelonggaran dari segi syarat membuka cawangan atau kiosk di sesebuah kawasan pekan khususnya luar bandar.

Katanya, keperluan mewujudkan bank di kawasan luar bandar khususnya kawasan yang penduduknya ramai amatlah dialu-alukan.

"Kalau tidak dapat membuka cawangan bank, menyediakan Kiosk atau Mesin Pengeluaran Wang Automatik(ATM) sudah memadai sebagai tanggungjawab sosial pihak bank di kawasan luar bandar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan pengurusan Bank Rakyat Cawangan Sarikei di pejabat Daerah Debak dekat sini.

Tegasnya, keperluan bank atau mesin ATM bank di wujudkan di pekan Debak sudah ke tahap yang sangat memerlukan memandangkan populasi penduduk di Debak dan sekitar mencecah lebih 15 ribu orang.

"Dalam masa yang sama Debak juga sedang dan akan mengalami perubahan yanhg memberangsangkan dari segi pembangunan infrastruktur dan aktiviti ekonomi," jelasnya.

Justeru, Razi menggesa agar pihak bank dapat melaksanakan tanggungjawab sosial di kawasan luar bandar.

Sementara itu pihak cawangan Bank Rakyat Sarikei yang diketuai Pengurus Cawangan, Faishal Salleh telah mengadakan kunjungan ke Debak bagi membuat tinjauan kawasan pekan Debak berdasarkan permohon Razi untuk meminta pihaknya menyediakan kiosk ATM.

Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah Pegawai Daerah Betong, Sofhi Jebal, Pegawai Tadbir Sarawak(PTS) Debak, Nazari Bujang.



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »