BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penambahan jemaah solat jumaat dan lima waktu

KUCHING: Majlis Islam Sarawak mengeluarkan garis panduan pengimarahan masjid/surau semasa dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh Sarawak.

Setiausaha Majlis Islam Sarawak Ustaz Khalidi Ibrahim berkata, berdasarkan perkembangan semasa, Majlis Islam Sarawak menetapkan untuk membenarkan solat lima waktu dan Solat Jumaat dengan syarat-syarat yang ketetapan.

Menurutnya, bagi solat Jumaat jumlah yang dibenarkan untuk masjid negeri ialah 250 orang, Masjid bahagian 150, masjid daerah 125, masjid kariah 100,
Surau Berjumaat 80 mulai 19 Jun.

"Mulai esok bagi solat lima waktu masjid negeri 80, Masjid Daerah 80, Masjid Kariah 80 orang, Surau 40," katanya dalam kenyataan media.

Sebelum ini, Bahagian Kemajuan Institusi Masjid Jabatan Agama Islam Sarawak dalam kenyataan berkata, tempoh pembukaan masjid atau surau adalah satu (1) jam sebelum azan dan hendaklah ditutup sejurus selepas selesai doa dibacakan.

Menurutnya, kelas pengajian tetap antara maghrib dan isyak boleh dijalankan dengan syarat mematuhi penjarakan sosial (1 meter) dan hendaklah ditamatkan
sebaik sahaja masuk waktu Isyak.

"Mana-mana aktiviti pengimarahan lain adalah tidak dibenarkan seperti kuliah
subuh, kuliah dhuha dan sebagainya.

"Mana-mana individu yang disahkan positif COVID-19 atau yang baharu
sembuh COVID-19 atau yang mempunyai gejala demam, batuk atau sesak
nafas adalah dilarang menghadiri semua aktiviti di masjid /surau.

"Warga emas, mana-mana individu berisiko terhadap jangkitan COVID-19
(seperti mempunyai penyakit kronik, sakit jantung, darah tinggi, kencing
manis, asma dan lain-lain) dan kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke
bawah adalah dinasihat tidak hadir ke masjid/ surau," katanya.

Beliau berkata, jemaah hendaklah mengambil wuduk di rumah sebelum pergi ke masjid/ surau, membawa sejadah sendiri atau alas sujud dan menggunakan penutup muka dan hidung (mask) sepanjang berada di masjid/ surau.

"Selain itu, tida perlu bersesak-sesak untuk masuk dan keluar masjid/ surau dengan
menjaga jarak sosial (1 meter) dan juga di tempat wudhuk serta
tandas.

"Mendaftar butiran peribadi dalam buku rekod khas yang disediakan oleh JKP; mencuci tangan menggunakan hand sanitizer yang disediakan; mengambil berat aspek kebersihan semasa berada di masjid/ surau; tidak menyentuh pintu, tombol pintu, susur tangan (handrail), besi gerigi keselamatan (safety grill), suis-suis elektrik, tabung infaq, mikrofon atau mana-mana peralatan yang lazim disentuh ramai; terus pulang sejurus selepas selesai solat dan doa; amalan bersalaman sepanjang berada di masjid adalah tidak dibenarkan; dan tidak dibenarkan untuk berkumpul atau beri’tikaf di dalam masjid/surau sebelum dan selepas solat," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »