BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pemimpin PKR Kalabakan dakwa 2,000 ahli cabang keluar parti


KALABAKAN, 20 Jun (Bernama) -- Seorang pemimpin PKR Cabang Kalabakan mendakwa kira-kira 2,000 ahli cabang itu termasuk ahli jawatankuasanya keluar parti hari ini.

Timbalan Ketua cabang Mohd Jailani Chachu berkata mereka berbuat demikian kerana hilang kepercayaan terhadap parti.

Keputusan dibuat atas kerelaan sendiri, tanpa paksaan mana-mana pihak, katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Kampung Kijang, Merotai dekat sini.

Mengulas lanjut, Mohd Jailani berkata keputusan itu juga sebagai tanda solidariti kepada bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kalabakan Asis Bakri yang dipecat daripada PKR pada April lepas tanpa asas yang kukuh.

Sementara itu, Setiausaha cabang Samsir Bakri yang turut hadir berkata tindakan keluar parti tersebut tidak akan menghentikan tanggungjawab mereka menyantuni dan memperjuangkan nasib masyarakat.

Menurutnya, mereka akan bergerak dalam pertubuhan bukan kerajaan dan memberi sokongan kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta bekas pemimpin PKR lain yang berada dalam blok kerajaan Perikatan Nasional ketika ini. 

"Sokongan tidak berbelah bagi juga kami nyatakan kepada kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »