BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pembukaan sempadan perlukan keputusan dua hala, Nancy


KUCHING: Pembukaan sempadan negara ke Brunei dan Singapura memerlukan kelulusan dua hala antara negara terbabit terutama ke arah industri pelancongan.

Menteri Pelancongan Datuk Nancy Shukri berkata, kerajaaan sudah meluluskan pembukaan sempadan kedua-dua negara bersesuaian dengan garis panduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Organisasi Kesihatan DUnia (WHO).

"Bagaimanapun kerajaan masih menekankan kriteria sendiri iaitu negara tersebut benar-benar selamat berpandukan garis panduan ditetapkan," katanya pada sidang media selepas Sesi Libat Urus bersama Penggiat Industri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Nancy berkata, kerajaan telah mengenal pasti negara yang dikategorikan sebagai kawasan hijau.

"Kerajaaan mengikut panduan WHO dan telah menemui cara yang paling pantas membaik pulih ekonomi pelancongan iaitu dengan membuka sempadan,” katanya.

Beliau menambah, kementeriannya akan mempertimbangkan inisiatif yang boleh diberikan kepada Sarawak dalam sektor pelancongan.

Katanya, bagi pemulihan dalam sektor pelancongan kementerian meningkatkan inisiatif pelancongan domestik di bawah kempen Cuti-Cuti Malaysia

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »