BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pembantu kesihatan awam maut kemalangan di Jalan Kuching-Sri Aman


SERIAN: Seorang pembantu kesihatan awam maut setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungang kemalangan jalan raya di Kilometer 81, Jalan Kuching-Sri Aman, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.17 pagi itu,mangsa yang maut dikenali Iskandar Beka Liewman, 35, beralamat di Kampung Keranji, Bau, dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata,ketika kejadian mangsa dari arah Sri Aman menuju ke Serian.

"Mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh angota paramedik," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Katanya,mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serian untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »