BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pemandu tersepit di Jalan Datuk Stephen Yong


KUCHING: Seorang lelaki tersepit dalam kemalangan kendiri di Jalan Datuk Stephen Yong, di sini, malam ini.

Dalam kejadian itu, kenderaan pacuan empat roda (4WD) dipandu lelaki berusia 51 tahun itu mengalami kerosakan teruk.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 9.33 malam.

"Mangsa dalam keadaan sedar, tersepit di tempat duduk pemandu dan mengalami kecederaan,"katanya di sini hari ini.

Katanya,pihak Bomba telah berjaya mengeluarkan mangsa dan mendapat rawatan awal dari Unit EMRS.

"Mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Umum Sarawak(HUS) untuk rawatan selanjutnya.

"Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Batu Lintang menggunakan sebuah FRT dan EMRS dengan 10 anggota digerakkan ke lokasi kejadian,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »