BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pemandu lori kantoi sorok syabu dalam poket seluar

BAU: Dua lelaki tempatan kantoi apabila dicekup memiliki dadah yang disimpan dalam poket pakaian.

Suspek didapati menyimpan dadah jenis syabu di dalam poket pakaian hasil pemeriksaan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Bau.

Tangkapan dilakukan di tepi bangunan Maybank sekitar jam 12.13 tengah hari dan 4.30 petang. 

Tangkapan pertama melibatkan seorang pemandu lori berusia 34 tahun bersama dadah jenis syabu seberat 0.28 gram di dalam poket seluar.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata, suspek kedua, 30, ditahan dan hasil pemeriksaan menjumpai sepeket plastik kecil lutsinar berisi bahan kristal jernih yang dipercayai dadah jenis syabu seberat 0.99 gram di dalam poket baju sebelah kiri.

Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bau untuk diberi tindakan lanjut. 

"Ujian saringan awal air kencing turut mengesahkan kedua-dua suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine," katanya dalam kenyataan.

Kedua-dua suspek kini ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »