BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pemandu cedera, Kancil bertembung pikap

LIMBANG: Seorang lelaki cedera setelah pikap bertembung dengan kereta Kancil di Jalan Airport Baru, di sini, pagi tadi.

Mangsa yang cedera ialah pemandu kereta Kancil, Kong Chun Teck, 45.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 9.11 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang ke lokasi kejadian.

"Pertembungan itu menyebabkan 
 mangsa dalam kereta kancil tersepit di bahagian pemandu,"katanya di sini hari ini.

Katanya,pasukan Bomba berjaya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat. 
"Mangsa seterusnya di serahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapat rawatan dan di bawa ke hospital Limbang,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »