BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pelampung pandu Kuala Baram siap

MIRI: Pelampung pandu yang dilaporkan hilang di Kuala Baram pada 20 Jun lalu telah diganti dengan yang baharu.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin berkata, pemasangan lampu pelampung itu telah siap pada 24 Jun.
“Selepas menerima laporan kehilangan pelampung itu, saya mengarahkan peralatan itu diganti secepat mungkin bagi memberikan petunjuk sekaligus memastikan keselamatan pengangkutan laut.” 

“Dengan pemasangan lampu pelampung yang baharu ini, saya menyeru komuniti perkapalan dan nelayan bersama-sama menjaga kemudahan ini daripada laku musnah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »